Kopi Singa Taja Barca!

Diterbitkan: Sabtu, 22 Julai 2017 8:15 AM

(Ubah saiz teks)

BARCELONA mengumumkan bahawa salah satu penajanya pada musim depan adalah produk minuman dari Indonesia, Kopi Singa.

Produk dari Surabaya itu akan menjadi penaja untuk kelab bola sepak Sepanyol itu selama dua tahun hingga Jun 2019.

Pegawai rasmi Barca, Manel Arroyo berharap kerjasama ini dapat menambah populariti kelab di Indonesia.

Salah satu sebab produk itu dipilih adalah kerana negara itu mempunyai ramai penyokong Barca.

“Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada Kopi Singa dalam keluarga FC Barcelona. Melalui kesepakatan penajaan ini, saya yakin kami mampu bekerjasama untuk meningkatkan populariti Barca, Kopi Singa dan bola sepak dalam kalangan rakyat Indonesia,” katanya.

“Bagi kami, negara ini adalah pasaran strategik dan saya yakin kesepakatan ini akan membantu kami berhubung dengan lebih dari 26 juta peminat di Indonesia dan menjadikan Barca menjadi kelab paling popular di sana,” katanya.

Pemilik syarikat, Pujiono Sudargo gembira dengan kerjasama ini.

Ini kerana, Kopi Singa menjadi syarikat perusahaan kopi pertama yang menaja Lionel Messi dan rakan-rakan.

“Kami yakin kerjasama antara FC Barcelona dan Kopi Singa akan menguntungkan kedua-dua pihak. Kami juga gembira menjadi syarikat kopi pertama yang menaja Barca,” kata Pujiono.

Tags / Kata Kunci: Kopi Singa , Barca

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan