Michael Carrick 'Tuntut' Trofi Dari United

Diterbitkan: Sabtu, 22 Julai 2017 8:00 AM

Michael Carrick

Michael Carrick

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Manchester United, Michael Carrick, menegaskan pasukannya wajib meraih trofi pada musim 2017/18.

Selain itu, Carrick berharap sangat agar United tidak sekadar menamatkan saingan di empat kelompok teratas Liga Perdana Inggeris.

"Ini adalah soal kemenangan. Sama ada mampu  bergelar juara atau langsung tiada apa-apa. Saya tak boleh menerima apabila kami hanya tamatkan saingan di empat pasukan teratas," kata Carrick memetik Sportsmole.

"Saya tahu kami telah mengalami perubahan dan harus menyesuaikan diri dengan pemain yang keluar-masuk. Anda tidak dapat berharap untuk menang liga setiap tahun, tapi anda perlu memutuskan untuk meraih trofi," katanya.

United ketika ini dilihat sedang memperkukuhkan pasukannya.

Di bawah kendalian Jose Mourinho, The Red Devils terus aktif melakukan urusan perpindahan musim panas 2017.

Namun setakat ini United baru membawa masuk dua pemain iaitu Victor Lindelof dari Benfica dan Romelu Lukaku dari Everton.

United kini dilaporkan sedang berusaha mendapatkan Nemanja Matic dari Chelsea.

Mourinho dikatakan mahu mendapatkan bekas pemainnya di Chelsea itu untuk menggantikan peranan Carrick.

Carrick mencatatkan rekod cemerlang bersama United.

Dia telah meraih 18 trofi juara, iaitu lima gelaran Liga Perdana, satu trofi Piala FA, tiga gelaran Piala Liga, enam trofi Piala FA, satu Liga Juara-Juara, satu Liga Eropah dan satu gelaran Piala Dunia Antara Kelab.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan