Chicharito Kembali Ke Liga Perdana Inggeris

Diterbitkan: Jumaat, 21 Julai 2017 7:25 AM

(Ubah saiz teks)

WEST Ham United mengesahkan bersetuju untuk menandatangani penyerang Javier Hernandez dari kelab Jerman, Bayer Leverkusen.

Hernandez yang merupakan bekas pemain Manchester United dan Real Madrid dijangka tiba di London dalam masa terdekat untuk menjalani ujian kesihatan dan melengkapkan syarat-syarat pemindahan.

Media Britain melaporkan pemindahan pemain berusia 29 tahun itu bernilai 16 juta pound (RM89 juta).

Hernandez atau dikenali 'Chicharito' menyertai United dari Chivas pada tahun 2010 dan menjaringkan 59 gol dalam 156 penampilan, selain pernah dipinjamkan ke Madrid sebelum menyertai Leverkusen pada Ogos 2015.

Beraksi bersama Leverkusen, Hernandez berjaya merakamkan 39 gol dalam 76 perlawanan.

Lebih menarik, dia merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Mexico apabila menjaringkan gol ke-47 di peringkat antarabangsa dalam penampilan ke-91 ketika menentang Croatia, Mei lalu. 

Tags / Kata Kunci: Chicharito , West Ham

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan