Sanchez Dapat Kekasih Baru

Diterbitkan: Jumaat, 21 Julai 2017 3:29 PM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Arsenal, Alexis Sanchez dilapor sedang sibuk melayan kekasih barunya Mayte Rodriguez berbanding berbincang soal kontrak dengan skuadnya.

Sanchez, 28, antara pemain yang menjadi rebutan kelab gergasi dunia apabila tidak melanjutkan kontrak bersama Arsenal.

Dia yang mempunyai baki kontrak selama setahun lagi menuntut jumlah gaji lebih tinggi daripada Arsenal.

Malangnya, permintaan tersebut tidak dipenuhi, walaupun Sanchez merupakan tulang belakang untuk Arsenal menamatkan liga di kedudukan keempat.

Menerusi laman sosial, Intargram, Sanchez dilihat sibuk melayan Mayte menaiki helikopter bersama ahli keluarganya.

Bintang Chile itu juga kelihatan bahagia walaupun dikaitkan Manchester City dan Paris Saint-Germain.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan