Ronaldo Tiba Di Singapura

Diterbitkan: Jumaat, 21 Julai 2017 2:42 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Bintang bola sepak Real Madrid, Christiano Ronaldo tiba di Singapura dalam satu lawatan singkat pada Jumaat.

Ronaldo yang tiba di Pusat Perubatan Thomson pada jam 10 pagi untuk temujanji bersama jutawan Singapura Peter Lim yang menyambut kelahiran cucu lelakinya di hospital tersebut.

Kapten Portugal itu telah disambut oleh kira-kira 100 peminat yang ingin bergambar serta meminta autograf dan terpaksa dikawal pengawal peribadi sebelum memasuki lif di hospital berkenaa.

Kelvin, 17, yang merupakan salah seorang peminatnya berkata: “Saya mendapat tahu mengenai ketibaan Ronaldo melalui berita The Straits Times di Facebook.

“Saya mengikuti perkembangannya ketika bersama Manchester United dan telah menunggu di sini sejak jam 9 pagi.

“Walaupun dia tidak menandatangani jersi saya, ia tetap pengalaman yang sangat berharga kerana dapat melihatnya di depan mata buat pertama kali.

Peter Lim merupakan jutawan dalam pelbagai bidang dan merupakan pemilik Mint Media yang menguruskan hak milik imej Ronaldo yang berpengkalan di Hong Kong.

Selepas pertemuan singkat itu, Ronaldo,32, akan ke Beijing dan Shanghai untuk menghadiri majlis bersama Mint Media dan dijangka akan menandatangani satu perjanjian baharu kedua-dua pihak. - The Straits Times/ Asia News Network.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Peter Lim

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan