Barcelona Buat Tawaran Lumayan

Diterbitkan: Jumaat, 21 Julai 2017 9:57 AM

(Ubah saiz teks)

BARCELONA berminat mengikat bintang Liverpool Philippe Coutinho.

Kelab tersebut sedia tawar 72 juta pound (RM400 juta) bagi mendapatkan pemain tengah kelahiran Brazil itu.

Bagaimanapun Liverpool bersetuju menawarkan kontrak baharu kepada pemain berusia 25 tahun itu yang juga merupakan pemain penting musim lalu.

Di jangka The Reds akan menolak tawaran Barcelona yang dianggap murah berdasarkan nilai pasaran semasa pemain.

Coutinho menjadi perhatian Barca bagi menggantikan Andres Iniesta,33, yang dijangka akan mengakhiri kontraknya di Nou Camp.

Sejak musim lalu, Coutinho menarik minat Barcelona, lebih-lebih Neymar turut berharapkan kedatangan rakan sepasukan kebangsaannya itu.

Walaupun Coutinho boleh bermain di posisi penyerang bersama Lionel Messi dan bekas rakan sepasukannya di Liverpool Luis Suarez, tetapi dia lebih diperlukan untuk mengambil alih kedudukan Iniesta.

Dan sekiranya Iniesta ditawarkan kontrak sambungan pada Januari ini, Barcelona tetap akan mencari penggantinya memandangkan musim lalu dia hanya bermain 13 perlawanan liga sahaja.

Tags / Kata Kunci: Philippe Coutinho , Liverpool

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan