Piala Pengerusi Felda: Alor Setar-Kuantan Berentap Di Final

Diterbitkan: Jumaat, 21 Julai 2017 5:01 PM

Perlawanan separuh akhir di antara pasukan Alor Setar dan Gua Musang pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Felda Wilayah (PBFW) Alor Setar dan Kuantan bakal menentukan kejuaraan Piala Pengerusi Felda 2017 selepas mengesahkan tiket ke final pada Jumaat.

Alor Setar yang muncul juara Kumpulan B sebelum ini bangkit mempamerkan semangat melawan yang tinggi apabila menewaskan Gua Musang di Stadium Pancarona, Putrajaya.

Gua Musang terlebih dulu meledak jaringan namun percaturan yang tepat membolehkan anak buah Abd Rashid Wahab meraih kemenangan.

"Selepas dibolosi lawan, saya menukar strategi pasukan dengan memberi penekanan kepada bahagian serangan bagi mencari gol.

"Pemain berjaya mengikut perancangan yang ditetapkan dan meledak dua gol penting. Semangat kami semakin membara untuk meraih kejuaraan pertama selepas mara sehingga tahap ini," jelas Abd Rashid.

Lawan Alor Setar di pentas final petang esok adalah Kuantan yang melakar kejutan menewaskan juara edisi 2014 dan 2015 Jengka.

Pada aksi di Stadium UPM Serdang, Kuantan menewaskan Jengka 2-untuk mara ke final.

Aksi final Alor Setar menentang Kuantan akan berlangsung jam 3 petang Sabtu di Stadium Pancarona, Putrajaya.

Tags / Kata Kunci: Piala Pengerusi Felda

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan