Mourinho Bertegas Mahu Tiga Pemain Lagi

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho menegaskan tidak akan tunduk terhadap persaingan dengan kelab Liga Perdana Inggeris bagi mendapatkan pemain baharu.

Malah jurulatih kelahiran Portugal itu mengakui mahu menyelesaikan tiga lagi perpindahan dan bukan empat seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

United kini telah melengkapkan perpindahan Victor Lindelof serta Romelu Lukaku dan Mourinho menyasarkan untuk mengakhirinya dengan tiga perpindahan lagi.

Bagaimanapun, United dilapor masih gagal menyelesaikan perpindahan Ivan Perisic yang bernilai £48 juta.

Lebih memeritkan kelab gergasi England berkenaan apabila Inter Milan menuntut menyerahkan Anthony Martial.

Selain itu, Mourinho dijangka mahu membawa Nemanja Matic ke Old Trafford sebelum jendela pemindahan melabuhkan tirainya.

"Saya minta empat pemain, tapi saya sedia untuk terima tiga kerana pasaran sekarang agak menyukarkan.

"Kami bukan kelab yang ingin membeli dan terus membeli pemain tanpa henti.

"Kami juga bukan kelab yang sedia membayar jumlah yang dikehendaki sesebuah kelab. Sebab itu saya sedia kurang dari tiga kepada empat sahaja.

"Tiga pemain ini sudah cukup untuk seimbangkan pasukan dan menjadikan kami kuat untuk bersaing," katanya kepada pemberita di Amerika Syarikat.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan