Panucci Jurulatih Baharu Albania

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 9:04 AM

Christian Panucci.

(Ubah saiz teks)

ALBANIA menamakan bekas pemain Real Madrid, AS Roma dan juga pertahanan Itali, Christian Panucci sebagai jurulatih baharu mereka menggantikan Gianni De Biasi yang meletak jawatan bulan lalu.

Albania terlepas peluang untuk mara ke aksi Piala Dunia tahun depan dan presiden persekutuan bola sepak itu, Armand Duka berkata tugas pertama Panucci adalah membantu pasukan mara ke saingan Euro 2020.

Duka berkata bekas penyerang Itali, Paolo Di Canion dan Alberto Malesani dan Clarence Seedorf dari Belanda antara calon lain dalam radar Albania.

"Ia satu proses yang panjang dan bukan mudah untuk buat keputusan berhubung perkara ini.

"Saya amat yakin kami sudah membuat pilihan yang tepat," katanya.

De Biasi pernah mengemudi Albania mara ke pentas Euro 2016 buat pertama kalinya dan dianggap sebagai jurulatih terbaik pasukan itu.

Panucci, sebaliknya mempunyai pengalaman yang terhad.

Dia merupakan pembantu jurulatih Rusia, Fabio Capello pada aksi Piala Dunia 2014.

Pengendali berusia 44 tahun itu pernah membimbing pasukan Serie B, Livorno dan Ternana.

Tags / Kata Kunci: Albania , Christian Panucci

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan