Komen Kante Apabila Lacazette Sertai Arsenal

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 10:28 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Chelsea, N'golo Kante memberi komen terbuka mengenai tindakan Alexandre Lacazette yang menyertai Arsenal Emirates baru-baru ini.

Arsene Wenger sebelum ini membuatkan penyokong Arsenal di seluruh dunia terkejut, apabila membelanjakan sebanyak £50 juta bagi mendapatkan Lacazette.

Pemain Perancis itu menyerlah bersama Lyon di Ligue 1 dengan menjaringkan 129 gol daripada 275 perlawanan.

Kante menyifatkan rakan senegaranya itu sebagai pemain yang hebat selain memiliki kualiti yang diperlukan kelab seperti Arsenal.

"Saya kenal dia dan tahu apa yang dia lakukan untuk liga Perancis. Dia memang hebat.

"Dia penyerang yang berjaya menjaringkan lebih 20 gol setiap musim dan kehadiran Lacazette pasti akan membantu Arsenal.

"Dia seperti mesin gol, bijak menggunakan peluang apabila berada di depan gol atau mendapat peluang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Chelsea , Lyon

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan