Amaran Mourinho Kepada Chelsea, Liverpool, Arsenal Dan Man City

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 10:06 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho melaungkan amaran kepada Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Manchester City walaupun kelab-kelab itu telah melakukan persediaan bagi menghadapi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Manchester United yang dibimbing Mourinho menamatkan liga di kedudukan keenam, namun layak ke Liga Juara-Juara Eropah seperti Arsenal, Chelsea dan Manchester City.

Jurulatih kelahiran Potugal itu memberi amaran bahawa cabaran EPL akan lebih terbuka kali ini dan perebutan kedudukan teratas liga juga bakal sengit.

Tidak cukup dengan itu, Mourinho percaya saingan akan bertambah panas dengan kepadatan jadual untuk setiap pasukan yang akan beraksi untuk semua kejohanan penting.

Musim lalu, Chelsea dilapor berjaya menjadi juara EPL kerana tidak perlu bersaing dalam Liga Europa atau Liga Juara-Juara Eropah.

Kelapangan yang ada memberi ruang kepada pemain untuk mendapat rehat dan latihan secukupnya.

"Saya tidak mahu bercakap mengenai pasukan itu kerana mereka rasa layak untuk diiktiraf.

"Tetapi sebenarnya, dengan bermain satu perlawanan seminggu, tiada kecederaan pemain sama seperti Liverpool, saya fikir ia sangat membantu mereka.

"Tapi kali ini mereka akan berdepan situasi yang berbeza," jelasnya

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Chelsea , Arsenal

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan