Penyerang Muda Belanda Pilih Arsenal Berbanding United

Diterbitkan: Rabu, 19 Julai 2017 11:21 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL memiliki kelebihan untuk 'menewaskan' seteru utama liga, Manchester United bagi mendapatkan penyerang muda berbakat dari Belanda.

Penyerang Feyenoord berusia 16 tahun, Joshua Zirkzee dilaporkan memilik Arsenal berbanding United dan beberapa kelab lain selepas tampil cemerlang menjaringkan 33 gol dalam 27 perlawanan pada musim lalu.

Zirkzee beraksi untuk skuad muda Feyenoord dan akan diserapkan ke pasukan bawah 19 tahun untuk musim depan.

ZIRKZEE memakai jersi nombor 9.

Disebabkan aksi cemerlangnya itu, Arsenal dan United berusaha mendapatkan penyerang berbakat tersebut dan Ajax dilapor gagal menandatangani pemain berkenaan.

Awal bulan ini, United mengesahkan menandatangani beberapa pemain muda baharu termasuk bekas pertahanan Chelsea, Di'Shon Bernard.

Namun usaha mendapatkan Zirkzee tampak gagal apabila pemain muda itu memilih Arsenal sebagai destinasi seterusnya disebabkan program pembangunan yang lebih baik di kelab London itu. - Metro.uk

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan