‘Tiada Idea’ - Mourinho

Diterbitkan: Selasa, 18 Julai 2017 4:07 PM

Ivan Perisic.

(Ubah saiz teks)

"TIADA idea. Tiada idea kawan. Tiada idea.

"Itu jawapan ringkas pengendali Manchester United, Jose Mourinho ketika diasak wartawan mengenai perkembangan terkini usaha pasukan itu untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Inter Milan, Ivan Perisic.

United dilaporkan semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan Perisic yang dipercayai bernilai 44 juta pound sterling.

Pemain berusia 28 tahun itu meninggalkan kem latihan Inter Milan pada hujung minggu lalu dan kembali ke Croatia untuk menjalani rawatan pergigian.

Dia melapor diri ke padang latihan Appiano Gentile bersama rakan sepasukannya pada pagi Selasa sebelum Inter berlepas dari Lapangan Terbang Malpensa menuju Nanking, China.

Difahamkan Inter mahukan bidaan sebanyak 48 juta pound sterling bersama pemain sayap United, Anthony Martial secara pinjaman sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

Namun kedua-dua kelab itu sepatutnya mencapai kata sepakat mengenai nilai perpindahan tersebut dan Inter menukar rancangan mereka dengan mengikat Keita Balde sebagai pengganti Perisic.

Balde meninggalkan kem latihan di Lazio untuk melengkapkan perpindahannya ke Inter Milan.

Perisic yang pernah menyarung jersi Borussia Dortmund dan Wolfsburg itu bakal menjadi pemain ketiga diikat Red Devils pada musim ini selepas Mourinho berbelanja besar terhadap Romelu Lukaku dan Victor Lindelof.

Tags / Kata Kunci: Ivan Perisic , Manchester United

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan