Status Twitter Ronaldo Cetus Teka-Teki - Bola Sepak | mStar

Status Twitter Ronaldo Cetus Teka-Teki

Diterbitkan: Selasa, 18 Julai 2017 10:10 AM

Ronaldo (tiga dari kiri) memuat naik gambar bersama tiga rakannya di Twitter pada awal pagi Selasa. - Twitter/Cristiano

(Ubah saiz teks)

STATUS terkini bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo di Twitter cetus tanda tanya sama ada dia akan meninggalkan Real Madrid pada jendela perpindahan kali ini.

Pemain berusia 32 tahun itu menulis: "Berbincang mengenai perniagaan di restoran kegemaran saya #TATELIbiza! Berita baik akan datang!!"

Ketika artikel ini ditulis, posting tersebut yang dimuat naik pada pukul 4.21 pagi Selasa mendapat 2,246 ulang kicau dan 18,278 tanda suka.

Ronaldo turut berkongsi gambarnya bersama tiga lagi individu di restoran hotel tersebut.

Masa depan Ronaldo bersama Real Madrid terus menjadi tanda tanya selepas pemain itu secara terbuka menyatakan hasrat berpindah ke liga lain selepas didakwa atas pertuduhan cuba mengelak cukai bernilai 12.9 juta pound sterling (RM72 juta).

Sebelum ini, timbul khabar angin bahawa Ronaldo telah mengadakan perbincangan secara rahsia dengan Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi sebelum Madrid mempertahankan trofi Liga Juara-Juara dengan menundukkan Juventus bulan lalu.

Pada masa sama, Ronaldo turut dikaitkan dengan kepulangan semula ke Old Trafford, kelab yang diperkuatnya selama enam musim.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan