Penyokong Kedah, Kelantan Jangan Bikin Panas - FMLLP

Diterbitkan: Selasa, 18 Julai 2017 1:50 PM

GAMBAR FAIL menunjukkan penyokong Kelantan dan penyokong Kedah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi apabila bergambar bersama.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyokong Kelantan dan Kedah dinasihatkan supaya tidak mencetuskan sebarang provokasi pada perlawanan Piala Malaysia membabitkan kedua-dua pasukan itu Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, malam Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) Kevin Ramalingam menyifatkan pertembungan tersebut sebagai 'aksi panas' memandangkan kedua-dua pasukan berkenaan mempunyai bilangan penyokong yang ramai.

"Melalui pemerhatian kita, apa sahaja perlawanan membabitkan pasukan Kelantan dan Kedah baik dalam Piala Malaysia dan juga Liga Super adalah perlawanan panas... dari segi rivalry dan mengejar mata.

"Namun saya percaya dengan penyokong kedua-dua pasukan kerana mereka sudah menunjukkan mereka mampu menyokong dengan baik tanpa sebarang insiden tidak diingini sejak kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada masa sama, Kevin turut berharap agar penyokong Kelantan dan Kedah dapat mengekalkan sikap kesukanan yang tinggi pada perlawanan tersebut.

"Kalau kita lihat kebelakangan ini kurang insiden yang tidak diingini daripada berlaku, jadi saya harap situasi sebegini akan berterusan," katanya.

Diminta mengulas mengenai insiden kekecohan penyokong Kelantan dan Perak selepas berakhirnya aksi Liga Super Sabtu lalu, Kevin meminta agar isu tersebut tidak lagi diperbesarkan.

"Tiada laporan rasmi diterima mengenai insiden itu dan saya difahamkan pihak berkuasa bertindak dengan pantas dan cemerlang. Mereka berjaya meleraikan kekecohan itu.

"Isu itu tak perlu diperbesarkan memandangkan tiada sebarang kecederaan dan insiden tidak diingini berlaku," katanya.

Tags / Kata Kunci: FMLLP , Piala Malaysia

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan