Keputusan Tangguh Liga Malaysia Diumum Esok - FMLLP

Diterbitkan: Selasa, 18 Julai 2017 1:45 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keputusan berhubung permohonan penangguhan perlawanan Liga Malaysia yang dikemukakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan diketahui pada Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) Kevin Ramalingam berkata, badan penganjur Liga Malaysia itu sedang mempertimbangkan permohonan tersebut dan akan berusaha mencari jalan terbaik bagi membantu semua pasukan terlibat.

"Keputusan mengenainya akan diumum esok (Rabu) melalui satu siaran media. Jadi buat masa ini saya hanya boleh sahkan kita sedang berusaha untuk membantu dan bukannya ke arah macam mana nak tolak rayuan itu," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Kevin, FMLLP perlu mengambil kira pelbagai aspek dan kesannya dalam mempertimbangkan permohonan tersebut agar ia tidak menjejaskan perjalanan Liga Malaysia yang sudah ditetapkan.

"Seperti kita tahu tak banyak perlawanan yang boleh diselit pada saingan akan datang kerana jadual memang padat. Namun kita sedia membantu tapi tidaklah sehingga menjejaskan perjalanan Liga Malaysia," katanya.

Jelas beliau, satu pekeliling mengenai permohonan FAM akan diedarkan kepada pihak lembaga pengarah FMLLP petang Selasa untuk mendapat maklum balas mereka berhubung perkara itu.

"Permohonan itu akan diedarkan kepada ahli lembaga pengarah untuk diputuskan petang ini. Jadi keputusan rasmi hanya akan diumumkan esok," kata Kevin.

Pada Ahad lalu, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin meminta FMLLP supaya menangguhkan kempen Liga Malaysia (Liga M) pada 4, 5, dan 9 Ogos depan bagi memberi lebih banyak masa kepada Datuk Ong Kim Swee mempersiapkan skuad bawah 22 tahun (B-22) untuk menghadapi Sukan SEA Ke-29.

Hamidin berkata cadangan itu disuarakan Kim Swee yang hanya mempunyai 14 hari untuk mempersiapkan pasukan sebelum acara bola sepak membuka tirai pada 14 Ogos depan.

"Saya menyokong cadangan itu dan telah menghantar surat kepada FMLLP dan kita sedang menanti jawapan dari Kevin Ramalingam yang akan bermesyuarat untuk menentukan keputusannya," kata Hamidin.

Tags / Kata Kunci: FMLLP , Liga Malaysia

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan