United Intai Ivan Perisic - Bola Sepak | mStar

United Intai Ivan Perisic

Diterbitkan: Selasa, 18 Julai 2017 7:31 AM

Ivan Perisic dijangka akan berpindah ke Old Traford. - Getty Images

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United sedang mengintai pemain tengah Inter Milan, Ivan Perisic sementara Alvaro Morata masih menjadi sasaran utama Chelsea.

Eurosport memetik laporan The Telegraph bahawa United cuba mendekati Perisic.

Pemain Croatia itu berharap dapat dikecualikan daripada siri perlawanan Milan ke China memandangkan dia mahu melengkapkan perpindahan ke United yang boleh mencecah nilai 44 juta Pound Sterling (RM246 juta).

Kontrak itu tidak akan memberi kesan terhadap langkah United untuk tetap menandatangani bintang Serbia, Nemanja Matic.


Tags / Kata Kunci: Ivan Perisic , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan