AFF: Skuad B-15 Negara Ke Separuh Akhir - Bola Sepak | mStar

AFF: Skuad B-15 Negara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Selasa, 18 Julai 2017 9:22 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan Bawah 15 Tahun negara mara ke separuh akhir Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Chonburi, Thailand.

Skuad muda Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) itu mara selepas menewaskan Kemboja 4-2 dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B pada Selasa.

Pada perlawanan tersebut, Muhammad Amirul Azzim Mohd Ruzki membuka jaringan pertama negara pada minit ke-21 sebelum Muhammad Danial Amali menambah gol kedua minit ke-30.

Biarpun pemain-pemain lawan cuba mengasak memberi tekanan, skuad di bawah bimbingan jurulatih Raja Azlan Shah Raja Sho'ib itu berjaya menamatkan babak pertama dengan bergaya.

Bagaimanapun, kealpaan barisan pertahanan negara memakan diri selepas Kemboja merapatkan jaringan pada minit ke-47.

Selepas itu beberapa pertukaran pemain dilakukan, namun skuad negara dikawal rapi dan gagal menambah jaringan.

Kemboja sekali lagi tampil garang apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-70.

Tersentak dengan jaringan pihak lawan, pemain negara Amirul Ashrafiq bertindak bijak melakukan sepakan lambung melepasi penjaga gol Kemboja, minit ke-72.

Minit terakhir perlawanan (82'), Amirul Ashrafiq sekali lagi menjadi sebutan apabila berjaya melaksanakan sepakan penalti sekaligus mengukuhkan kedudukan skuad negara hingga ke wisel terakhir.

Malaysia bakal bertemu tuan rumah, Thailand yang merupakan juara Kumpulan A pada saingan separuh akhir pada 20 Julai ini.

Manakala satu lagi perlawanan sama menyaksikan juara Kumpulan B, Vietnam bertemu Australia (naib juara kump A).

Tags / Kata Kunci: B-15 , PPBN , AFF
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan