Isu Tuntutan Gaji Bakal Selesai

Diterbitkan: Isnin, 17 Julai 2017 10:04 AM

Hassan Sazali antara lima daripada bekas jurulatih kebangsaan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menyelesaikan isu tuntutan gaji lima bekas jurulatih negara sebelum hujung bulan ini.

"Isu ini saya akan selesai sebelum hujung bulan ini. Saya sudah bercakap dengan Presiden Persatuan Jurulatih Malaysia B. Sathianathan dan minggu ini beliau akan berjumpa dengan saya.

"Kita sudah bayar pampasan tiga bulan pada bulan Mei lalu. Tetapi perlu saya katakan FAM tidak kejam, kita telah bayar ikut semua peraturan. Kita boleh berbincang dan kita juga sudah ada formula dan akan berjumpa dengan mereka untuk selesaikannya,” jelas Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Lima jurulatih yang menuntut hak mereka ialah bekas penolong jurulatih skuad senior Hassan Sazali Mohd Waras, bekas jurulatih kecergasan skuad senior Reuben Jude, bekas penolong jurulatih B-22 Aminuddin Hussin, bekas jurulatih penjaga gol B-22 Megat Amir Faizal Ibrahim dan bekas jurulatih kecergasan B-22 Mashidee Sulaiman.

Isu berkenaan mula timbul susulan tindakan kepimpinan baru FAM yang memecat barisan kejurulatihan skuad senior dan B-22 pada Mac lalu dengan tempat Frank Bernhardt selaku pengendali B-22 diisi oleh Kim Swee manakala kekosongan ketua jurulatih Harimau Malaya disandang Nelo Vingada.

Lima bekas jurulatih negara itu melahirkan rasa kecewa dengan tindakan yang mereka anggap kurang profesional kerana FAM enggan membayar keseluruhan baki gaji sebaliknya hanya membayar gaji bagi tiga bulan sahaja.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Hamidin , FAM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan