Costa Bikin Panas Lagi

Diterbitkan: Isnin, 17 Julai 2017 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

MASA depan Diego Costa bersama Chelsea terus mencetuskan tanda tanya apabila pemain itu terus memberi tekanan kepada The Blues supaya melepaskannya.

Kali ini, Costa benar-benar sudah tawar hati terhadap Chelsea apabila dirakam sedang berhibur dengan memakai jersi Atletico Madrid.

Costa kini berada di Lagarto, Brazil selepas diberi pengecualian untuk tidak menyertai jelajah pra musim Chelsea.

Susulan itu, pengecualian tersebut menguatkan lagi khabar angin bahawa Costa bakal meninggalkan Stamford Bridge.

Costa memakai jersi Atletico Madrid.

Pemain berusia 28 tahun itu dimaklumkan oleh Antonio Conte bahawa dia tiada dalam perancangannya pada musim depan.

Malah Costa tidak menyembunyikan hasratnya untuk kembali semula ke Sepanyol.

Costa turut memuatnaik rakaman secara live sedang berhibur di Instagram dengan kamera memfokuskan jersi Atletico Madrid yang dipakainya.

Beberapa pengikutnya di Instagram memberi pelbagai reaksi mengenai jersi itu termasuk rakan pasukannya, Cesc Fabregas yang memberikan emoji senyum terhadap video itu.

Costa kemudian membalas komen Fabregas dengan memintanya supaya memberikan pelukan kepada Conte.

Namun umum mengetahui, hasrat Costa untuk menyertai Atletico terpaksa ditangguhkan seketika apabila kelab La Liga itu dikenakan sekatan perpindahan pemain selama enam bulan.

Tags / Kata Kunci: Diego Costa , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan