AFF: B-15 Fokus Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Isnin, 17 Julai 2017 2:35 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tewas satu perlawanan tidak bermakna gagal ke separuh akhir Kejohanan Bawah 15 Tahun Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF)  yang berlangsung di Chonburi, Thailand.

Skuad bimbingan Raja Azlan Shah Raja Sho'ib itu tewas tipis 1-0 kepada Vietnam selepas mencatat tiga kemenangan peringkat Kumpulan B sebelum ini.

"Tewas 1-1 kepada Vietnam selepas gol awal pihak lawan. Ia berpunca daripada salah faham pemain-pemain serta gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

"Bagaimana pun dari segi permainan, pemain-pemain menunjukkan corak yang baik di setiap bahagian.

"Saya harap pemain-pemain lebih bersedia dan bersemangat pada perlawanan bertemu Kemboja nanti," ujarnya di laman Twitter NFDP.

Raja Azlan Shah Raja Sho'ib

Dalam pada itu, pemain pertahanan negaram Danish Ishak turut mengakui kekalahan itu berpunca daripada pasukan sendiri.

"Kalah 1-0 berpunca daripada kesilapan sendiri. Kami yang buat kesilapan. Separuh masa pertama permainan agak perlahan tetapi kami bangkit babak kedua. Malangnya gol tidak dapat dijaringkan," jelasnya.

Skuad Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) itu bakal berdepan dengan Kemboja dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada Selasa.

Sebelum ini, pasukan B-15 negara berjaya melakar tiga kemenangan menerusi Brunei (3-0), Filipina (2-0) dan Timor Leste (2-0).

Untuk rekod, Malaysia diundi bersama Vietnam, Kemboja, Timor Leste, Filipina dan Brunei.

Manakala Kumpulan A melibatkan Australia, Thailand, Laos, Myanmar, Indonesia, Singapura.

Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mengisi slot separuh akhir kejohanan.

Tags / Kata Kunci: B-15 , PPBN

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan