AC Milan Ikat Pemain Lazio

Diterbitkan: Isnin, 17 Julai 2017 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

AC Milan melengkapkan perpindahan pemain tengah Argentina, Lucas Biglia dengan kontrak selama tiga tahun dari Lazio.

Bagaimanapun nilai perpindahan itu tidak didedahkan.

Pemain berusia 31 tahun itu pernah membantu Anderlecht memenangi empat trofi Liga Belgium sebelum berhijrah ke Lazio pada 2013.

Dia menjaringkan empat gol dalam 29 penampilan bersama Lazio musim lalu.

"AC Milan berbangga untuk mengumumkan pemain baharu, Lucas Biglia dari SS Lazio. Pemain itu akan memperkuat pasukan sehingga 20 Jun 2020," tulis kelab itu di laman web www.acmilan.com.

Milan menamatkan kempen Serie A sejak empat musim lalu di luar kelompok lima teratas.

Tags / Kata Kunci: Lucas Biglia , AC Milan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan