Penyerang Semahal Pogba Jadi Buruan Chelsea

Diterbitkan: Ahad, 16 Julai 2017 2:55 PM

(Ubah saiz teks)

MISI Chelsea mencari penyerang baharu diteruskan lagi apabila dilapor telah mengemukakan tawaran untuk mendapatkan penyerang juara Serie A, Juventus.

Juara Liga Perdana Inggeris itu semakin terdesak mencari pengganti Diego Costa yang mahu meninggalkan Stamford Brigde dan gagal mendapatkan Romelu Lukaku yang memilih Manchester United.

Kini bos The Blues, Antonio Conte sedia mengeluarkan belanja 88 juta pound sterling bagi mendapatkan Gonzalo Higuain selepas pihak kelab telah mengemukakan tawaran kira-kira 10 hari lalu.

Jika perpindahan tersebut berlaku, Higuain bakal menjadi pemain termahal kedua dunia selepas Paul Pogba yang menyertai United dengan yuran perpindahan 89 juta.

GONZALO HIGUAIN

Namun pengarah kelab Itali itu, Beppe Moratta menolak bidaan berkenaan dan menyatakan Higuain bukan untuk dijual.

Pemain berusia 29 tahun itu menjadi pemain keempat termahal Juventus selepas dibeli dengan harga 75.3 juta pound sterling dari Napoli pada musim lalu.

Musim pertama di Turin menyaksikan Higuain menjaringkan 32 gol dalam 55 perlawanan, sekali gus membantu Juventus memenangi gelaran Serie A, Coppa Italia dan layak ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Selain Higuain, Chelsea juga mahu mendapatkan khidmat penyerang Borusia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang yang dianggarkan bernilai 65 juta pound sterling. - Metro.uk

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Gonzali Higuain

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan