Selamat Datang Ke Chelsea!

Diterbitkan: Ahad, 16 Julai 2017 8:09 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA telah melengkapkan perjanjian untuk mendapatkan pemain tengah, Tiemoue Bakayoko dari Monaco, dilaporkan dengan nilai £40 juta.

Pemain berusia 22 tahun itu, yang telah menandatangani kontrak selama lima tahun dijangka akan berganding bersama pemain antarabangsa Perancis, N'Golo Kante musim depan.

Bakayoko adalah pemain ketiga yang menandatangani perjanjian dengan Chelsea pada musim panas, selepas penjaga gol Willy Caballero dan pemain pertahanan Antonio Rudiger.

"Saya sangat gembira dapat berada di sini dan menyertai pasukan hebat ini," katanya kepada laman web rasmi kelab.

"Saya membesar dengan melihat perkembangan Chelsea. Menandatangani perjanjian dengan kelab ini adalah perkara semulajadi untuk saya kerana ia adalah sebuah kelab kegemaran saya pada masa kecil.

"Saya kini berharap dapat berkembang di bawah jurulatih dan di samping ramai rakan sepasukan yang hebat."

Bakayoko tiba di Monaco dari Rennes pada 2014, membuat hampir 100 penampilan dan membantu mereka memenangi gelaran Ligue 1 musim lalu.

Dia memainkan peranan penting dalam skuad Leonardo Jardim ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lepas, termasuk menjaringkan gol kemenangan untuk mengalahkan Manchester City di suku akhir.

Kagum dengan persembahan hebatnya, pengurusnya di Perancis, Didier Deschamps memberi ganjaran kepadanya untuk beraksi dalam perlawanan antarabangsanya yang pertama melawan Sepanyol pada bulan Mac

Tags / Kata Kunci: Bakayoko , Chelsea

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan