Anak Legenda United Mahu Ganti De Gea

Diterbitkan: Sabtu, 15 Julai 2017 3:39 PM

(Ubah saiz teks)

BERITA perpindahan yang mengaitkan penjaga gol utama Manchester United, David De Gea kembali hangat apabila Real Madrid mahu melancarkan bidaan terbaharu ke atas pemain itu.

Ekoran itu, anak legenda United, Kasper Schmeichel secara terbuka menyuarakan hasrat untuk berpindah ke Old Trafford bagi menyambung kembali legasi yang ditinggalkan oleh ayahnya, Peter Schmeichel.

Mirror Football difahamkan bahawa Madrid akan berusaha mendapatkan penjaga gawang nombor satu United itu selepas pemain sasaran Red Devils, Gianluigi Donnarumma bersetuju menyambung kontrak bersama AC Milan.

Sumber daripada United sendiri percaya bahawa bidaan Madrid akan dilancarkan ketika kedua-dua kelab bersedia untuk bertemu dalam siri jelajah pramusim di Amerika Syarikat pada 23 Julai ini.

KASPER SCHMEICHEL

United mahu mengekalkan De Gea dan meletakkan harga setinggi 60 juta pound sterling untuk penjaga gol kelahiran Sepanyol itu.

Namun De Gea yang berbaki kontrak dua tahun lagi, sedia mempertimbang tawaran untuk menyertai Madrid selepas cubaan kali pertama gagal pada 2015.

Perkembangan itu menyebabkan bos United, Jose Mourinho mempertimbangkan segala pilihan termasuk membida Schmeichel.

Bagaimanapun, Leicester City mahu sekurang-kurangnya 30 juta pound sterling untuk penjaga gol utama mereka yang menandatangani kontrak baharu selama lima tahun kira-kira 12 bulan lalu selepas kelab kerdil itu menjadi juara Liga Perdana Inggeris.

Pada awalnya, Leicester tidak mahu menjual Schmeichel tetapi penjaga gol tersebut menukar ejen baharu dan kini mahu berpindah ke kelab lain.

Malah Leicester juga sudah mengintai penjaga gol Croatia, Lovre Kalinic sebagai ganti seandainya Schmeichel berpindah ke Old Trafford.

Tags / Kata Kunci: Macnhester United

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan