Ibrahimovic Boleh Kekal Di Old Trafford

Diterbitkan: Sabtu, 15 Julai 2017 7:13 AM

(Ubah saiz teks)

BERITA baik kepada peminat Manchester United apabila Jose Mourinho akan mempertimbangkan untuk menawarkan kontrak baharu kepada penyerang berusia 35 pasukan itu.

Bercakap pada sidang media menjelang perlawanan pra musim pertama di California, Mourinho menegaskan pintu sentiasa terbuka kepada Zlatan Ibrahimovic untuk kembali bersama pasukan sebaik sahaja dia pulih daripada kecederaan lututnya.

Ibrahimovic yang sudah tamat kontrak bersama United merupakan penjaring terbanyak pasukan itu musim lalu tetapi bergelut dengan kecederaan sejak April.

Dia mungkin terpaksa berehat sehingga Disember ini.

"Jika keputusan dia mahu kekal dan menunggu sehingga Disember, mengapa tidak? Kita bercakap dan bertukar fikiran," kata Mourinho.

Dengan ketiadaan Ibrahimovic, Mourinho melengkapkan perpindahan penyerang Belgium, Romelu Lukaku dari Everton bernilai 75 juta pound sterling.

Mourinho berkata United membawa masuk Lukaku kerana dia merupakan pemain Liga Perdana Inggeris sedia ada dan mempunyai banyak pengalaman di England.

"Sudah tentu ada penyerang lain yang lebih bagus dalam bola sepak, tetapi Liga Perdana Inggeris adalah habitat yang sangat spesifik, habitat sukar bagi penyerang, dan biasanya mereka memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri tetapi Lukaku telah berada dalam saingan ini hampir lima musim.

"Sekarang dia datang ke sebuah kelab yang mempunyai tanggungjawab berbeza dalam masa yang tepat dalam kerjayanya. Dia masih muda tetapi dia mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam Liga Perdana dan pasukan kebangsaan Belgium. Dia juga akan beraksi dalam Liga Juara-Juara yang juga motivasi utamanya," kata Mourinho.

Pengendali dari Portugal itu memerlukan seorang pemain yang tahu bagaimana untuk menjaringkan gol ke atas sebuah pasukan yang menggunakan taktik bertahan.

Tags / Kata Kunci: Zlatan Ibrahimovic , Jose Mourinho

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan