Hilang Enam Pemain Utama, Mohd Nidzam Akui 'Pening'

Diterbitkan: Jumaat, 14 Julai 2017 9:26 AM

(Ubah saiz teks)

WAJAHNYA mungkin kelihatan tenang ketika mengendalikan latihan menjelang perlawanan antara Kedah menetang Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman pada Sabtu malam.

Namun, siapa tahu apa yang sedang difikirkan Mohd Nidzam Adzha Yusof dan setakat mana tekanan yang dihadapinya ketika ini.

Mana tidaknya, pengendali Kedah itu terpaksa merencanakan aksi terbaik tanpa enam pemain utama atau sandaran pasukan tersebut.

Lima daripada mereka menyertai kem skuad Bawah 22 (B-22) kebangsaan manakala seorang lagi digantung perlawanan.

Mereka yang tidak dapat membantu Kedah ketika menentang Selangor ialah Mohd Ifwat Akmal Che Kasim, Syafiq Ahmad, Mohd Ariff Farhan Mohd Isa, Amirul Hisyam Awang Kecik dan Farhan Roslan.

Manakala Akram Mahinan digantung satu perlawanaan.

"Sekarang memang pening kepala sebab pemain muda kita yang turun untuk setiap perlawanan perlu membantu skuad kebangsaan.

"Pasangan Amirul Hisyam dan Akram juga tiada, saya perlu lakukan sesuatu untuk skuad yang akan menentang Selangor bagi memastikan semuanya adalah yang terbaik.

"Tetapi disebalik dugaan ini, ada hikmahnya. Sandro Da Silva dapat bermain semula selepas direhatkan kerana cedera. Ini perkembangan positif untuk Kedah," katanya kepada mStar Online.

Mohd Nidzam turut meluahkan keyakinan terhadap pemain yang ada kerana mereka juga telah membantu Kedah sebelum ini ketika skuad itu dilanda masalah kecederaan

Jelasnya, apa yang penting ialah semua pemain perlu memberi perhatian dan tidak melakukan kesilapan.

"Saya harap mereka juga tidak memberi ruang kepada lawan untuk mengatur serangan," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Liga Super , Selangor

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan