Martial Setanding Penyerang Bernilai £100 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 14 Julai 2017 9:54 AM

(Ubah saiz teks)

ANTHONY Martial digesa kembali menampilkan kualiti sebenar dan membuktikan dia setanding dengan penyerang berbisa AS Monaco, Kylian Mbappe yang dianggarkan bernilai 100 juta pound sterling.

Martial menikmati musim pertama dengan penampilan cemerlang apabila menjaringkan 17 gol selepas berhijrah dari Monaco ke Manchester United sebagai pemain remaja paling mahal di dunia pada 2015 dengan nilai 36 juta pound sterling.

Namun penyerang kelahiran Perancis itu gagal mengulangi aksi cemerlang tersebut pada musim kedua apabila sekadar menjaringkan lapan gol sahaja.

Bos United, Jose Mourinho secara terbuka mengkritik penyerang muda itu yang dikatakan kurang fokus, sekali gus mencetuskan khabar angin bahawa Martial mungkin meninggalkan United susulan ketibaan Romelu Lukaku.

Bagaimanapun bekas pertahanan United yang juga rakan senegara Martial, Mikael Silvestre percaya pemain berusia 21 tahun itu akan membuktikan kualiti yang setanding dengan harganya sekali gus menyamai bekas rakan sepasukannya, Mbappe.

KYLIAN MBAPPE

"Jika anda mencapai pada tahap tertentu dan berdepan saat sukar, anda akan bangkit semula kerana perlu bersaing.

"Martial telah mencapai tahap yang diperlukan di United dan pasukan negara, jadi saya fikir dia akan meningkatkan lagi kualiti permainan sama seperti musim pertamanya," kata Silvestre.

Ditanya sama ada kualiti Martial setanding dengan Mbappe, Silvestre mengakui bahawa kedua-dua pemain tersebut memiliki kebolehan yang sama.

"Setiap kali dia (Martial) memegang bola walaupun semasa latihan, anda tahun pasti akan ada gerakan berbahaya.

"Bagi pemain pertahanan, mereka mungkin tidak takut, tetapi mereka bimbang untuk melakukan terjahan apabila berdepan Martial kerana dia boleh mengubah gerakan sama ada ke kiri atau kanan dan menewaskan anda menerusi kelajuan," katanya. - Mirror.uk

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Anthony Martial

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan