Bakayoko Di Manchester? - Bola Sepak | mStar

Bakayoko Di Manchester?

Diterbitkan: Jumaat, 14 Julai 2017 4:17 PM

(Ubah saiz teks)

BINTANG muda AS Monaco, Tiemoue Bakayoko terus berteka-teki dengan masa depannya sama ada memilih untuk menyarung jersi Chelsea atau Manchester United pada musim depan.

Terbaharu, dia memuat naik dua status menerusi laman sosial Twitter yang bakal mengecewakan penyokong Chelsea.

Pada pukul 6.55 pagi Jumaat, Bakayoko memuat naik status berbunyi, "Selamat Pagi," dengan lokasi di Manchester, sekali gus memberi bayangan dia sudah berada Old Traford untuk melengkapkan perpindahan ke Red Devils.


Malah pukul 7.43 pagi, status baharu Bakayoko menguatkan lagi spekulasi bahawa dia semakin hampir bersama United apabila dia memuatnaik gambar emoji bulatan merah putih dan bentuk hati, emoji yang digunakan oleh juara Liga Europa itu.


Namun sebelum itu, Bakayoko menerusi laman Instagramnya berkongsikan gambar dia meninggalkan sebuah hotel di Chelsea, sekali gus menunjukkan dia mahu bersama juara Liga Inggeris tersebut.

Bakayoko dikhabarkan bakal menjadi pemain ketika ke Stamford Bridge selepas Antonio Conte menandatangani Willy Caballero dan Antonio Rudiger dari Roma pada Ahad lalu. - Metro.uk

Tags / Kata Kunci: Manchester united
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan