Ozil Pilih Kekal Di Arsenal?

Diterbitkan: Khamis, 13 Julai 2017 8:13 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL boleh menarik nafas lega apabila pemain tengah pasukan itu mendedahkan dia mahu kekal di Emirates.

Mesut Ozil berkata dia akan membincangkan mengenai masa depannya selepas jelajah pra musim pasukan itu di Australia dan China.

"Sudah tentu pilihan saya untuk kekal. Ia merupakan sebuah kelab yang hebat dan saya sentiasa katakan saya ok di Arsenal.

"Sekembalinya ke London kami akan duduk bersama dan berbincang mengenai masa depan saya," kata pemain berusia 28 tahun itu.

Ozil masih lagi mempunyai kontrak sehingga 2018 bersama Arsenal.

"Buat masa ini perkara paling penting adalah jelajah pra musim dan menjalani latihan dan juga kembali cergas. Apabila saya kembali ke London, kami akan berbincang," katanya.

Arsenal akan menentang Sydney FC pada Khamis dan Western Sydney Wanderers, Sabtu ini sebelum berlepas ke China.

Tags / Kata Kunci: Mesut Ozil , Arsenal

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan