Chelsea Kena Main Dengan Manchester United

Diterbitkan: Rabu, 12 Julai 2017 10:51 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United bakal memulakan 'perang' sebelum musim baharu bermula jika merampas sasaran The Blues iaitu Tiemoue Bakayoko.

Ini kerana, United dilapor telah memberitahu Monaco bahawa kelab itu akan melakukan bidaan lebih baik jika Chelsea turut membida pemain muda tersebut.

Kenyataan itu membuatkan Monaco yakin mampu mendapat tawaran lebih baik jika Chelsea mahukan Bakayoko, 22 tahun.

Chelsea mula berang terhadap United apabila sasaran utama mereka iaitu Romelu Lukaku dirampas ketika semakin menghampiri Stamford Bridge.

Setakat ini Chelsea dikatakan telah membida Bakayoko sebanyak  £37.5 juta.

Namun United dengan mudah sedia memberikan sebanyak £40 juta kepada Monaco untuk merencatkan usaha Chelsea.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Monaco , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan