Pemain Pulau Pinang Kena Ubah Sikap - Zainal

Diterbitkan: Rabu, 12 Julai 2017 2:04 PM

Pemain Pulau Pinang Mafry Balang (kanan) dan Muhammad Rafiuddin Roddin (kiri) cuba menghalang Mohd Khyrill Muhymeen (tengah) dari PKNS FC ketika perlawanan Liga Super di Stadium Batu Kawan, malam Selasa. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan mahu pemainnya mengubah sikap ketika bertemu Melaka United di Stadium Hang Jebat pada aksi Liga Super, Sabtu ini.

Beliau berkata semua pemain perlu menanam sikap sentiasa laparkan kemenangan susulan kekalahan 0-2 di tangan PKNS FC, malam Selasa dalam usaha untuk mengekalkan pasukan itu di pentas Liga Super musim depan.

"Pasukan masih belum lagi menyerah kalah tapi kalau masih harapkan ada peluang tapi pemain tidak memanfaatkan peluang itu pun tiada gunanya.

"Jadi setiap pemain kena ubah sikap untuk lebih laparkan kemenangan. Nak tak nak kita kena menang setiap perlawanan yang akan datang. Semua pemain kena all out," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Jelas Zainal, beliau memuji persembahan anak buahnya yang menunjukkan sedikit peningkatan tetapi kesungguhan pemain untuk menjaringkan gol masih belum cukup memuaskan hatinya.

"Corak permainan saya tak nafikan ada peningkatan, kita tak beri ruang dan peluang mudah kepada PKNS cuma mereka bernasib baik kerana dapat jaringkan dua gol. Ini amat mengecewakan saya.

"Namun saya masih tak nampak kesungguhan pemain semasa di depan gol. Jadi saya harap pemain dapat balas kepercayaan yang diberikan dengan mengganti semula kehilangan mata yang penting itu selepas ini," katanya.

Kekalahan itu menyaksikan skuad Harimau Kumbang terus kemarau kemenangan sejak April lalu, yang menyaksikan peluang mereka untuk keluar dari zon penyingkiran semakin menipis.

PKNS memenangi perlawanan itu menerusi gol yang dijaringkan Patrick Ronaldinho dan Abdou Jammeh ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Pulau Pinang kini menduduki tangga paling corot apabila sekadar mengutip enam mata daripada 15 perlawanan setakat ini manakala PKNS di kedudukan kesembilan.

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , Zainal Abidin Hassan

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan