Piala Pengerusi Felda: G.Musang, Alor Setar Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Rabu, 12 Julai 2017 3:53 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua tiket separuh akhir Piala Pengerusi Felda 2017 berjaya diraih Persatuan Bola Sepak Felda (PBFW) Gua Musang dan Alor Setar selepas aksi peringkat kumpulan yang ditangguh pada Mei bersambung, Sabtu lalu.

Selepas mengharungi lima perlawanan, Gua Musang mengesahkan salah satu tiket dari Kumpulan A apabila mengumpul 10 mata selepas kemenangan ke atas Trolak pada Sabtu lalu.

Kemenangan 1-0 skuad kendalian Tuan Addni Engku Abd Rahman sudah cukup untuk mereka meraih tiga mata dan kini memberikan tumpuan kepada aksi separuh akhir hujung bulan ini.

"Saya gembira kami sudah menempah tiket ke separuh akhir. Peluang dan corak permainan seimbang pada perlawanan namun kami berjaya meledak satu gol yang penting.

"Cuma dalam tempoh yang ada kami perlu meningkatkan tahap kecergasan pemain selepas Ramadan dan sambutan Aidilfitri," katanya.

Kumpulan B turut menyaksikan kejayaan Alor Setar mengesahkan kemaraan sebagai empat pasukan terakhir walaupun masih berbaki satu perlawanan.

Wakil dari utara itu mengumpul 10 mata dengan Raja Alias mengumpul lapan mata dan Kuantan meraih enam mata bakal merebut satu lagi tiket ke separuh akhir.

Kejohanan membabitkan saingan 11 pasukan dari tanah rancangan Felda dan satu pasukan Akademi Bola Sepak Felda (ABF) dengan dua pasukan teratas mara ke separuh akhir.

Tags / Kata Kunci: Piala Pengerusi Felda

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan