Jurulatih PKNS: Sven Gartung Atau Rajagobal - Bola Sepak | mStar

Jurulatih PKNS: Sven Gartung Atau Rajagobal

Diterbitkan: Rabu, 12 Julai 2017 9:41 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS jodoh E.Elavarasan bersama PKNS terlerai, pasukan tersebut kini dalam proses pencarian jurulatih baharu dalam harungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Difahamkan, dua nama yang dikaitkan akan dilantik ketua jurulatih dalam masa terdekat ialah Sven Gartung atau bekas jurulatih kebangsaan, Datuk K.Rajagobal.

Gartung buat masa ini merupakan salah seorang barisan kejurulatihan Akademi Merah Kuning yang berpusat di Puncak Alam.

Walaupun didatangkan khas dari kelab terkemuka Belanda, Ajax Amsterdam namun tidak banyak maklumat diketahui mengenai Gartung sebelum hadir ke Malaysia.

Antara kelab yang pernah dibimbing Gartung ialah FC Wil 1900 di Switzerland selaku penolong jurulatih pada 2014/15.

Selain itu dia pernah menjadi ketua jurulatih Bawah 17 dan 19 tahun kelab Jerman, Eintracht Braunschweig pada tahun 2010.

Mengenai Rajagobal, individu itu sentiasa mengikuti rapat perkembangan PKNS semenjak dulu terutamanya selepas tidak lagi berkhidmat bersama Sarawak pada musim lalu.

Malah, belia turut hadir ke Stadium Shah Alam menyaksikan perlawanan PKNS bersama presiden pasukan, Siti Zubaidah Abdul Jabar.

Berdasarkan pengalaman luas serta sikapnya yang sering mengambil berat perjalanan PKNS, Rajagobal menjadi salah satu nama bakal dipertimbangkan untuk kemudi The Red Ants.

Namun, segalanya juga bergantung kepada prestasi jurulatih sementara, Adam Abdullah yang turut dinilai untuk diberi jawatan tetap sekiranya mampu berikan keputusan memuaskan kepada pasukan.

Tags / Kata Kunci: PKNS , Sven Gartung , Rajagobal
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan