Kelab EPL Diheret Ke Lembah Muflis - Vysyble

Diterbitkan: Selasa, 11 Julai 2017 2:21 PM

(Ubah saiz teks)

BEBERAPA kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan risiko muflis akibat perbelanjaan secara berlebihan melangkaui had kewangan pasukan masing-masing.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh penganalisis kewangan, Vysyble, kesan jangka panjang akibat kerugian itu mungkin mengasingkan kelab-kelab gergasi dan mewujudkan Liga Super Eropah.

Dokumen yang bertajuk 'We're so Rich it's Unbelievable' dibuat berdasarkan kira kewangan kesemua kelab EPL antara musim 2008/2009 dan 2015/2016.

Berdasarkan prinsip 'keuntungan ekonomi' iaitu perbezaan ataran pendapatan dan kos, termasuk 'peluang kos', yang tidak menggunakan duit kelab untuk berbelanja, laporan itu mendakwa bahawa kelab EPL akan kerugian 2 bilion pound sterling dalam tempoh lapan tahun.

Seorang daripada penulis laporan itu, Roger Bell berkata, secara kewangannya, bola sepak semakin jatuh.

"Kelab besar bola sepak Britain berbelanja terlalu banyak, lebih daripada keuntungan yang mereka dapat.

"Liga Perdana Inggeris dan ketua eksekutifnya, Richard Scudamore perlu bimbang dengan situasi ini.

"Analisis kami menunjukkan sejumlah kelab kerugian 876,700 pound sterling setiap hari.

"Walaupun hak penyiaran televisyen memberi pulangan yang besar, tetapi ia tidak mampu menampung kos gaji pemain yang terlalu tinggi.

"Semua kelab perlu berdepan realiti tentang risiko kewangan ini sebelum mereka tidak mampu menampung kos dan muflis," katanya.

Bell memberi amaran tersebut selepas Liga Perdana Inggeris melaksanakan sekatan perbelanjaan susulan kejatuhan Portsmouth pada 2012 ekoran terlebih berbelanja dan dihimpit masalah hutang.

Namun Bell dan rakannya, John Purcell tidak bersetuju dengan pendapat bahawa kelab bola sepak Britain kini beroperasi dengan lebih baik berbanding tempoh 10 tahun lalu.

"Kebanyakan kelab berbelanja lebih daripada keuntungan yang dibawa masuk.

"Secara puratanya, kelab kerugian 8.80 pound sterling berbanding 100 pound sterling yang dilaburkan," kata Purcell.

Bagaimanapun laporan itu tidak menyatakan nama kelab yang berpontesi besar untuk bankrap ekoran cara perbelanjaraan yang kurang sihat itu. - Independent.uk

Tags / Kata Kunci: Liga Perdana Inggeris

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan