De Roo Pengarah Teknikal FAM Baharu - Bola Sepak | mStar

De Roo Pengarah Teknikal FAM Baharu

Diterbitkan: Selasa, 11 Julai 2017 5:37 PM

Peter De Roo.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Selasa mengumumkan pelantikan bekas pemain Belanda sebagai pengarah teknikal baharu badan induk bola sepak negara itu berkuatkuasa 1 September depan.

Peter De Roo, 47, akan mengisi kerusi yang ditinggalkan Fritz Schmid.

"Beliau bermain secara profesional di Belanda selama 12 tahun bersama kelab BV Veendam dan SC Cambuur.

"Selepas menamatkan karier sebagai pemain bola sepak, beliau telah melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan dan dilantik sebagai Pangarah Teknikal Kelab Cambuur Leeuwarden," kata FAM dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada 2009, De Roo berhijrah ke Australia dan dilantik sebagai Pengarah Teknikal Pusat Kecemerlangan Persatuan Bola Sepak Australia, Institut Sukan Australia (FFA) dan pasukan kebangsaan Australia Bawah-16 tahun (B-16)  dan Bawah-17 (B-17) pada 2012.

"Beliau memiliki lesen khas untuk melatih pemain muda elit dari Persatuan Bola Sepak Belanda, lesen AFC Pro Diploma serta Lesen Bola Sepak Bersyarat dari Persatuan Bolasepak Australia," katanya.

FAM berkata De Roo berjaya membawa pasukan kebangsaan Australia B-17 mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan AFC B-16 pada 2014 di Thailand sekali gus melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA 2015 B-17.

"Kejohanan yang berlangsung di Chile itu turut menyaksikan beliau berjaya membawa pasukannya layak ke peringkat 16 pasukan terbaik pada tahun tersebut," katanya.

Tags / Kata Kunci: Peter De Roo , FAM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan