Bakayoko Sudah Tiba Di London?

Diterbitkan: Selasa, 11 Julai 2017 11:10 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Monaco yang menjadi sasaran Chelsea dan Manchester United mencetuskan persoalan tentang masa depannya apabila memuatnaik gambar misteri menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi foto itu, Tiemoue Bakayoko berdiri di sebelah sebuah jet peribadi, sekali gus mencetuskan persoalan lokasi yang akan dituju sama ada ke Asia atau Amerika Syarikat (AS).

Ini kerana Manchester United sedang menjalani latihan pramusim di AS manakala Chelsea akan mengadakan siri jelajah di benua Asia.

"Mari pergi...semoga menjalani minggu yang baik," tulis Bakayoko menerusi kapsyen gambar itu.

Laporan Mirror.uk menyebut, Bakayoko semakin hampir menyertai skuad The Blues dengan yuran perpindahan hampir 35 juta pound sterling.

Malah dikhabarkan, pemain berusia 22 tahun itu sudah mendarat di London dan menjalani ujian perubatan serta menandatangani kontrak.

Bagaimanapun, beberapa laporan media sukan melaporkan, United turut membuat bidaan dan jumlah tawaran yang dikemukakan oleh Red Devils dipersetujui Monaco.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan