Permata Kedah Kembali Untuk Mengganas

Diterbitkan: Selasa, 11 Julai 2017 9:20 AM

Ariff Farhan

(Ubah saiz teks)

ARIFF Farhan Mohd Isa bukanlah nama asing bagi peminat Kedah kerana dia antara kekuatan skuad berkenaan sepanjang tahun lalu sehingga menjuarai Piala Malaysia.

Namun, kelibat pemain berusia 21 tahun itu hilang sebentar apabila mengalami kecederaan lutut sehingga memaksa dia berehat panjang, sebelum kembali pertengahan musim ini.

Sudah pasti, kecederaan itu seakan memberi mimpi ngeri buat pemain muda ini kerana abangnya, Mohd Fiqry Mohd Isa yang juga pemain Kedah pada tahun 2013 terpaksa melupakan karier sebagai pemain bola sepak profesional selepas mengalami kecederaan lutut.

Namun kini Ariff Farhan sudah boleh menarik nafas lega apabila kembali mendapat kepercayaan Ketua Jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusoff.

Setelah beraksi dalam dua perlawanan sebelum ini, kini Ariff Farhan mula menjadi sandaran skuad hijau kuning khususnya ketika turun menetang Melaka United di gelanggang lawan malam ini.

"Selepas berehat panjang, keyakinan saya mula kembali apabila berjaya membantu Sandro Da Silva menjaringkan gol.

"Sebelum itu, takut juga kalau cedera balik sebab doktor dah bagi nasihat. Tapi sekarang saya bertambah yakin dan tahu apa yang perlu dilakukan.

"Untuk perlawanan menentang Melaka United, saya yakin dapat beraksi dengan lebih baik sepanjang permainan, saya akan balas kepercayaan yang diberikan jurulatih," katanya kepada mStar Online.

Lebih manis buat pemain harapan Kedah ini apabila namanya disenaraikan semula pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee bagi mengharungi saingan sukan SEA.

Peluang dan kepercayaan yang diberikan sudah pasti mampu menaikkan semula semangat dan moral Ariff Farhan untuk bukan sahaja membantu Kedah sebaliknya menghadiahkan pingat untuk skuad sukan SEA nanti.

Tags / Kata Kunci: Ariff Farhan , Kedah , Liga Super , Piala Malaysia

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan