Spurs Nafi Dibeli Pemilik FB

Diterbitkan: Isnin, 10 Julai 2017 12:26 PM

Mark Zuckerberg.

(Ubah saiz teks)

TOTTENHAM Hotspur menafikan berlaku perbincangan pengambilalihan kelab itu seperti dilaporkan media Britain yang mendakwa seorang pembeli berpotensi disokong pemilik Facebook, Mark Zuckerberg terhadap skuad kendalian Mauricio Pochettino.

Difahamkan individu tersebut bersedia menawarkan bidaan bernilai 1 bilion pound sterling (RM5.54 bilion).

Laporan menyebut syarikat pelaburan Amerika Syarikat (AS), Iconiq Capital berminat terhadap kelab yang menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat kedua musim lalu.

Kenyataan yang dikeluarkan kelab itu di laman kelab itu menyebut:" Kelab ini terlibat dengan Rothschild untuk mendapatkan pembiayaan stadium baharu."

Stadium White Hart Lane ditutup selepas digunakan selama 128 tahun.

"Seperti dijangka, ramai kertas cadangan diterima termasuk hutang bank dan pelaburan ekuiti.

"Kelab ini mengumumkan pada 31 Mei 2017 mengenai penyelesaian hutang pembiayaan bank untuk stadium baharu dengan konsortium bank melibatkan Bank of America Merrill Lynch International Limited, Goldman Sachs Bank USA dan HSBC Bank.

"Lembaga pengarah percaya ini adalah penyelesaian optimum bagi kepentingan penyokong, pekerja dan pemegang saham dan untuk daya pembangunan berterusan kelab ini.

"Lembaga pengarah tidak terlibat dalam mana-mana perbincangan mengenai tawaran pengambilalihan kelab ini," demikian menurut kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: FB , Tottenham Hotspur , Mark Zuckerberg

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan