Siapa Wanita Misteri Bersama Pogba?

Diterbitkan: Isnin, 10 Julai 2017 7:17 AM

Pogba kelihatan mesra bersama seorang wanita berambut 'blonde' di Los Angeles. Foto BackGrid/Mail Online

(Ubah saiz teks)

PAUL Pogba bersama seorang wanita berambut 'blonde' pada cuti musim panas di Los Angeles menjadi tanda tanya.

Gambar bintang Manchester United itu dirakamkan semasa sesi latihan di Stadium Drake UCLA.

Menerusi gambar itu, beliau kelihatan bermesra dan berpelukan dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali.

Dalam temuramah bersama Esquire baru-baru ini, Pogba memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai kekasih.

Bagaimanapun, pasangan itu dilihat meluangkan masa bersama sewaktu Pogba melakukan senaman kecergasan menjelang jelajah pra musim Manchester United di Amerika.

Malah pemain itu dikesan membawa wanita misteri berkenaan untuk menikmati makan malam di restorant terkenal di Hollywood, Tao. - Mail Online


iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan