Pesanan Mourinho Buat Rooney

Diterbitkan: Isnin, 10 Julai 2017 11:14 AM

(Ubah saiz teks)

BOS Manchester United, Jose Mourinho menyampaikan mesej istimewa buat Wayne Rooney selepas penyerang kebangsaan England itu menamatkan 'hubungan indah' selama 13 tahun dengan The Red Devils dan kembali menyertai Everton.

The Toffees mengumumkan perpindahan rasmi Rooney pada Ahad selepas penyerang berusia 31 tahun itu menandatangani kontrak selama dua tahun dengan kelab lamanya.

Walaupun Rooney Mourinho hanya bersama Rooney buat semusim, tetapi jurulatih kelahiran Portugal itu tetap menyatakan bahawa kehilangan pemain tersebut akan dirindui di Old Trafford.

Sepanjang di bawah kendalian Mourinho, Rooney hanya beraksi dalam 15 perlawanan sebagai kesebelasan utama.

Berdasarkan kenyataan dalam laman web rasmi United, Mourinho mengakui bahawa bukan lagi rahsia dia meminat Rooney sejak sekian lama.

Ujarnya, Rooney merupakan model pemain profesional ketika beraksi di United dan akan diingati dalam sejarah kelab itu.

"Sukar untuk melihat pemain yang hebat kurang beraksi dan saya tidak boleh menghalang niatnya untuk kembali bersama Everton.

"Pengalaman, keazaman dan fokus yang ditunjukkan oleh Rooney akan diingat dan saya berharap dia beraksi cemerlang pada masa depan," katanya.

Sepanjang bersama United, Rooney beraksi sebanyak 559 perlawanan dan menjaringkan 253 gol, sekali gus mengatasi rekod legenda kelab itu, Sir Bobby Charlton sebagai penjaring paling banyak buat Red Devils. - Metro.uk

Tags / Kata Kunci: Wayne Rooney , Manchester United

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan