Lukaku Dedah Sebab Tolak Chelsea

Diterbitkan: Isnin, 10 Julai 2017 4:38 PM

(Ubah saiz teks)

ROMELU Lukaku akhirnya mendedahkan punca dia memilih untuk menyertai Manchester United berbanding Chelsea.

Pemain berusia 24 tahun itu mendakwa dia menolak tawaran lebih lumayan daripada Chelsea kerana mahu menyertai United yang disifatkan sebagai sebuah kelab terbesar di dunia.

Lukaku mengakui keputusan menyertai United berbanding Chelsea bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan."Ia satu peluang yang saya sentiasa inginkan sejak saya masih kecil.

"Apabila Manchester United buat tawaran, saya tidak perlu berfikir dua kali. Saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada sejarah mereka.

"Siapa yang akan tolak untuk menyertai kelab terbesar di dunia? Stadium terbaik di England dan juga penyokong terbaik.

"Ini peluang terbaik. Saya sentiasa katakan saya mahu beraksi untuk sebuah pasukan yang bersaing untuk mendapatkan semua trofi.

"Saya fikir Manchester United mahu menjadi sebuah pasukan yang dominan. Jika anda lihat sejarah mereka, ia cukup untuk menceritakan segala-galanya," kata Lukaku.

Meskipun The Blues menyamai rekod bidaan United bernilai 75 juta pound sterling pada lewat malam Jumaat, Lukaku menegaskan dia tidak akan sesekali membuat pusingan 'U'.

"Saya sudah setkan minda saya. Saya tidak akan pandang ke belakang dan sudah bersedia untuk menjadi sebahagian daripada mereka," katanya.

Lukaku menjalani pemeriksaan kesihatan pada minggu lalu di Amerika Syarikat dan sepatutnya bertemu rakan pasukannya malam semalam selepas skuad itu mendarat di Los Angeles untuk jelajah pra musim mereka.

Dia turut menghabiskan masa selama beberapa minggu untuk bercuti dengan rakan-rakan termasuk pemain United, Paul Pogba.

Malah Pogba dianggap memainkan peranan penting dalam meyakinkan pemain Belgium itu untuk berhijrah ke Old Trafford.

Namun perpindahan Lukaku turut dikaitkan dengan bekas pengurusnya di Chelsea, Jose Mourinho yang menjualnya kepada Everton pada 2014.

Tags / Kata Kunci: Romelu Lukaku

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan