Arsenal Enggan Menyerah Kalah - Bola Sepak | mStar

Arsenal Enggan Menyerah Kalah

Diterbitkan: Isnin, 10 Julai 2017 9:46 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL sedia melancarkan bidaan ketiga bagi mendapatkan bintang AS Monaco selepas Arsene Wenger percaya pemain kelahiran Perancis itu mahu berada di Emirates pada musim depan.

The Gunners sebelum ini sudah melancarkan bidaan 30 juta pound sterling dan terbaharu, 40 juta pound sterling bagi mendapatkan Thomas Lemar (gambar) tetapi kedua-dua tawaran itu ditolak.

Namun Wenger enggan menyerah kalah dan mahu menaikkan bidaan sehingga 45 juta pound sterling bagi memastikan Lemar menyarung jersi Arsenal pada musim depan, sekali gus memecahkan rekod perpindahan kelab buat kali kedua pada musim ini.

Terdahulu, Arsenal memecah rekod perpindahan Mesuit Ozil yang dibeli pada 2013 dengan nilai 42.5 juta pound sterling selepas membawa masuk penyerang Lyon, Alexandre Lacazette dengan harga 52 juta pound sterling.

Lemar menjadi keutamaan Wenger dalam senarai pembelian pemain selepas usaha mendapatkan bintang Leicester City, Riyadh Mahrez tidak diteruskan.

Wakil Lemar akasudah mengadakan perbincangan dengan Monaco dan Arsenal bagi memastikan perjanjian itu berjaya tetapi halangan terbesar adalah keengganan kelab Perancis itu menjual pemain terbaik mereka.

Monaco sudah kehilangan Bernado Silva yang menyertai Manchester City manakala Tiemouke Bakayoko dikatakan hampir menyertai Chelsea.

Dua lagi bintang kelab itu, Kylian Mbappe dan Benjamin Mendy juga berpotensi meninggalkan kelab tersebut pada jendela perpindahan musim ini. - Mirror.uk

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Thomas Lemar
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan