Piala Malaysia: Tiga Pasukan Catat Kemenangan Sulung

Diterbitkan: Ahad, 9 Julai 2017 7:14 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga pasukan Liga Super iaitu Selangor, Melaka United dan Felda United meraih kemenangan sulung dalam saingan bola sepak  Piala Malaysia yang berlangsung Sabtu malam.

Selangor yang sebelum ini seri 1-1 menentang Terengganu di laman sendiri 4 Julai lepas, menang tipis 2-1 ke atas Sarawak di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching pada aksi Kumpulan D.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor berkongsi empat mata dengan pendahulu kumpulan, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas dua perlawanan namun JDT berada di tangga teratas menerusi kelebihan jaringan.

Pada aksi di Kuching, Francis Forkey Doe meletakkan skuad Gergasi Merah di hadapan menerusi gol pembukaan pada minit ke-39 sebelum pemain Sarawak, Mohammad Dzulazlan Ibrahim menghadiahkan gol kedua untuk pasukan pelawat selepas menolak masuk bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-64.

Sarawak tidak berputus asa dan berjaya meraih gol saguhati menerusi jaringan Shreen Tambi pada minit ke-82.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka United mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas juara dua kali, Kelantan  pada aksi Kumpulan C.Tiga gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Marco Simic pada minit ke-20, R.Surendran pada minit ke-30 dan Mohd Fauzi Rozlan pada minit ke-49.

Felda United turut meraih kemenangan sulung selepas menang tipis 2-1 ke atas PKNS FC pada aksi  Kumpulan B di Stadium Shah Alam.

Dua gol skuad ‘The Fighters’ dijaringkan oleh dua pemain import mereka iaitu Zah Rahan Krangar pada minit kelima dan Thiago Augusto Fernandes pada minit ke-88 manakala PKNS FC meraih gol saguhati menerusi Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-45.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Piala Malaysia

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan