Irfan Bakti Terkilan Skuad Penyu Tumpul

Diterbitkan: Sabtu, 8 Julai 2017 1:36 PM

PEMAIN Terengganu Mohd Faiz (dua, kiri) cuba melepasi pemain Johor Darul Takzim (JDT) Mohd Amirulhadi Zainal (kiri) dan Muhammad Fazly Mazlan pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 8 Julai 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Walaupun berpuas hati  dengan persembahan skuad Penyu ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan Piala Malaysia malam tadi,  namun Irfan Bakti terkilan kerana anak buahnya gagal mencipta sebarang jaringan.

Para pemain terutama pemain import, Tcetche Hermann Brice Kipre kelihatan bersungguh-sunguh mencari gol namun tidak kesampaian.

"Itu sedikit mengececewakan penonton dan peminat apabila gol yang ditunggu tidak kunjung tiba walaupun Tcetche telah mencuba yang terbaik.

"Kita memang hendak menang, namun tidak dapat  dan pemain juga bermain dalam satu pasukan yang baik. Mereka cuba bangkit untuk menang namun gagal," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini yang bersekudahan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

Irfan Bakti berkata beliau akan membuat gantian ke atas pemain bagi mengelak mereka daripada kelesuan ekoran terpaksa memberi tumpuan pada saingan Liga Perdana dan Piala Malaysia. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Irfan Bakti , Piala Malaysia

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan