Sukan SEA: Malaysia Terlepas Kumpulan Maut

Diterbitkan: Sabtu, 8 Julai 2017 11:43 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad Datuk Ong Kim Swee terlepad daripada kumpulan 'maut' bagi saingan Sukan SEA Ogos ini.

Pada majlis undian yang berlangsung Sabtu, Malaysia berada dalam Kumpulan A bersama pemenang pingat perak temasya 2015 iaitu, Myanmar diikuti Singapura, Laos dan Brunei.

Manakala pemegang pingat emas dua tahun lalu, Thailand dan Vietnam (gangsa) berada dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Kemboja, Timor Leste dan Filipina.

Kim Swee yang menguruskan skuad Projek Sukan SEA Bawah 22 Tahun ini pastinya sedikit menarik nafas lega apabila tidak perlu berdepan dengan aksi sukar bertemu Thailand mahupun Vietnam.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke saingan separuh akhir.



Tags / Kata Kunci: Sukan Sea , Bola Sepak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan