Bekas Jurulatih Pahang Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 8 Julai 2017 2:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Bekas jurulatih bola sepak Pahang, Fuzzeimi Ibrahim meninggal dunia di Darul Makmur Medical Centre (DMMC) pada pukul 4.30 pagi tadi akibat serangan jantung.

Fuzzeimi, 60, yang merupakan Pengarah Teknikal dan Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dikatakan mengadu sakit dada semasa berada di rumahnya di sini pada pukul 4 pagi.

Seorang anggota keluarganya memberitahu Fuzzeimi disahkan meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di unit kecemasan pusat perubatan itu dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kempadang di sini pada pukul 11 pagi Sabtu.

Beliau meninggalkan seorang balu, seorang anak dan cucu.

Allahyarham yang merupakan bekas setiausaha agung PBNP pernah menyarung jersi Pahang sekitar awal tahun 80-an sebelum dilantik menjadi jurulatih pada tahun 1999 hingga 2000.

Pencapaian terbaik beliau ialah semasa membantu Pahang muncul juara Liga Divisyen Satu pada 1999.

Setiausaha Persatuan Sepak Daerah Kuantan (Kuantan FA), Ahmad Muda menyifatkan Allahyarham sebagai antara jurulatih dan pemain Pahang terbaik pada zamannya.

Beliau menambah Allahyarham tidak lokek untuk berkongsi ilmu kepada beliau bagi menjadi seorang jurulatih yang berwibawa dan menjalankan tugas selaku setiausaha bola sepak.

"Ilmu yang diberikan Allahyarham banyak membantu saya membimbing pemain muda kepada skuad Piala Presiden pada 2010.

Pemergian beliau sudah pasti begitu dirasai terutama kepada rakan sepasukan yang pernah bersama beraksi bersama-samanya," katanya.-Bernama

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan