AFF: Skuad B-15 Negara Siap Sedia Berentap

Diterbitkan: Sabtu, 8 Julai 2017 10:06 AM

Skuad bawah 15 Tahun Negara berangkat ke Thailand pada Jumaat bagi menghadapi saingan Kejohanan AFF Bawah 15 Tahun. Foto kredit: PPBN

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad muda Bawah 15 kebangsaan bakal memulakan saingan Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF)  yang berlangsung di Chonburi, Thailand bermula Ahad.

Seramai 23 pemain dari skuad Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) terbang ke Thailand pada Jumaat dalam misi besar pertama negara tahun ini.

Pastinya pemain-pemain yang terpilih bagi saingan ini adalah yang terbaik selepas persiapan rapi oleh jurulatih mereka, Wan Rohaimi Wan Ismail.

Menurut Wan Rohaimi, pemain-pemain ini (skuad kedua) adalah sebahagian daripada 50 (lebih kurang) pemain elit yang berada di PPBN setakat ini.

"Skuad pertama di bawah bimbingan Pengarah Program PPBN, Lim Teong Kim dalam persiapan ke Kelayakan Piala  Kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-16 di Indonesia, September ini.

"Berdasarkan persiapan semasa sebelum berangkat ke Thailand, semua pemain ini sudah bersedia daripada mental dan fizikal.

"Malah beberapa pemain yang ada dalam skuad kedua itu juga pernah mengikuti beberapa aksi persabahatan di luar negara bersama jurulatih Teong Kim," jelasnya ketika ditemui mStar Online baru-baru ini.

Menurut Wan Rohaimi, skuad negara berpeluang cerah untuk mencatat kemenangan dalam saingan peringkat kumpulan.

"Malaysia bertuah kerana tidak berada bersama pasukan tuan rumah yang juga juara bertahan kerana mereka antara pencabar utama kejohanan ini.

"Bagaimanapun kita juga tidak memandang rendah kepada Vietnam yang berada bersama Malaysia bagi Kumpulan B.

"Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kita mempunyai kelebihan untuk mara sekurang-kurangnya hingga ke separuh akhir," ujarnya.

Skuad negara bakal memulakan cabaran bertemu Filipina pada 10 Julai ini, diikuti Timor Leste (12 Julai), Brunei  (14 Julai), Vietnam (16 Julai) dan Kemboja (18 Julai).

Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mengisi slot separuh akhir kejohanan.

Kumpulan A

Australia, Thailand, laos, Myanmar, Indonesia, Singapura

Kumpulan B

Vietnam, Kemboja, Timor Leste, Malaysia, Filipina, Brunei

Tags / Kata Kunci: PPBN , bawah 15 tahun

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan