Zachary Anderson 'Ketar Kaki'

Diterbitkan: Jumaat, 7 Julai 2017 10:02 AM

(Ubah saiz teks)

PERTAHANAN Kedah, Zachary Anderson mengakui tidak sabar lagi untuk kembali berentap bersama rakan sepasukan selepas diketepikan kerana kecederaan tulang pinggul.

Pemain kelahiran Australia itu dijangka membarisi kesebelasan utama Kedah ketika mereka turun menentang skuad Universiti Teknologi Mara (UiTM FC) dalam saingan Piala Malaysia pada petang Jumaat.

Zachary turut berdoa supaya Ketua Jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusoff akan memberi peluang kepadanya untuk bantu mempertahankan barisan pertahanan skuad tersebut.

"Saya yakin mampu berkhidmat dengan baik jika diberi peluang ketika bertemu UiTM FC. Kecederaan sudah tiada lagi, cuma mungkin jurulatih sedang melihat tahap kecergasan.

"Sudah lama saya bersabar dan menjadi penonton ketika rakan-rakan lain di atas padang. Saya tidak dapat bantu mereka ketika perlawanan akhir Piala FA.

"Oleh itu saya harap Piala Malaysia ini akan menjadi peluang terbaik bagi membantu Kedah mempertahankan kejuaraan musim lalu," katanya kepada mStar Online.

Menurut Zachary, walaupun pemain yang mengalami kecederaan seperti Ken Ilso Larsen dan Rizal Ghazali turut akan kembali di atas padang nanti namun mereka tetap tidak memandang rendah kemampuan pasukan lawan.

Ini kerana jelasnya, setiap pasukan yang berjaya layak ke Piala Malaysia pastinya mempunyai kekuatan tersendiri dan mampu melakukan kejutan terhadap pasukan yang tidak memberi perhatian di atas padang.

"Disebabkan ini perlawanan pertama jika saya diturunkan selepas berehat panjang, pastinya saya mahukan kemenangan sebagai suntikan moral.

"Kemenangan ini bukan sahaja menjadi sasaran pasukan namun ia juga penting buat penyokong hijau kuning.

"Mereka bersama kami setiap perlawanan dan kami perlu berusaha sebaik mungkin untuk pulang dengan tiga mata penuh," tegasnya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Piala Malaysia , Zachary Anderson

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan