Tweet Mkhitaryan Peraga Jersi Baharu United Dipadam

Diterbitkan: Jumaat, 7 Julai 2017 7:19 AM

Mkhitaryan bercuti bersama Lopyreva semasa cuti musim panas.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United terpaksa memadamkan tweet yang memaparkan Henrikh Mkhitaryan menggayakan jersi terbaharu pasukan itu.

Tindakan itu dilakukan selepas beberapa penyokong skuad tersebut mendakwa pemain tersebut kelihatan buncit.

Pemain kebangsaan Armenia itu menikmati cuti musim panas selepas membantu Red Devils menjuarai Liga Europa tetapi segelintir penyokong mengkritik bentuk badan Mkhitaryan.

Mkhitaryan yang meluangkan percutian bersama model Victoria Lopyreva memperagakan jersi terbaharu United, sekembalinya ke Old Trafford pada minggu ini.

Tweet Mkhitaryan yang dipadam United selepas mendapat kritikan penyokong.

Namun Mkhitaryan kelihatan sedikit berisi dan United memutuskan untuk memadam tweet tersebut selepas penampilannya dikritik penyokong.

Kebanyakan penyokong menjadikan tweet itu sebagai bahan gurauan dengan ada di antara mereka menyifatkan Mkhitaryan kelihatan seperti sedang 'mengandung'.

Namun, gambar tersebut difahamkan diambil sebelum tamat kempen musim lalu.

Penyokong United berharap agar pemain berusia 28 tahun itu kembali cergas dan mempamerkan persembahan terbaik bersama pasukan pada musim baharu.

Meskipun bergelut dengan kecederaan dan gagal memuaskan hati Jose Mourinho pada mulanya, Mkhitaryan membuktikan dia masih lagi berbisa apabila menjaringkan gol ketika bertemu Ajax pada aksi final Liga Europa.

Pemain itu menjaringkan 12 gol daripada 44 penampilan di Old Trafford pada musim lalu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan